"Peneraju Kecemerlangan Koperasi Bagi Menjadikannya Penyumbang Berkesan Kepada Pembangunan Negara"
- Merangsang pembangunan koperasi supaya kompetitif, berdaya tahan, berdaya saing, progresif dan berintegriti.
- Meningkatkan penglibatan koperasi dalam pelbagai sektor ekonomi.
- Membangunkan modal insan yang kompeten dan berbudaya keusahawanan.
- SKM komited memajukan koperasi melalui persekitaran yang kondusif bagi membangunkan koperasi yang berdaya saing dan menyumbang kepada pembangunan negara;
- SKM memudahkan sistem penyampaian perkhidmatan melalui penambahbaikan proses kerja yang dinamik untuk membantu mencapai dasar-dasar pembangunan koperasi;
- Anggota kerja SKM diberi latihan dan diterapkan dengan nilai-nilai murni serta jaminan kemajuan kerjaya supaya mereka berkhidmat dengan kompeten, ikhlas, berintegriti dan penuh komitmen; dan
- SKM memastikan koperasi dikawal selia secara berterusan dan profesional berlandaskan Akta dan Peraturan bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap gerakan koperasi.




